Latar Belakang

YAB Perdana Menteri, semasa pembentangan Bajet 2016, telah mengisytiharkan tahun 2016 sebagai Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2016). Sasaran utama adalah bagi melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada  institusi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan. MCY 2016 juga diilhamkan sebagai satu platform untuk meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan dan rakyat tentang kepentingan dan potensi inovasi dan pengkomersialan dalam meningkatkan pendapatan negara.

 

Bagi menyokong aktiviti R,D,&I, Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis dana bagi menyokong setiap fasa pelaksanaan R&D dan pengkomersialan (R,D&C) di dalam ekosistem pengkomersialan negara. Sebagai tambahan kepada sokongan dana, Kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan fizikal dan khidmat nasihat seperti pusat inkubasi, infrastruktur R,D&C, bantuan pemasaran dan audit teknologi yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan.

 

Secara umumnya, pelaksanaan R&D perlu melalui lima (5) peringkat pelaksanaan, iaitu idea/konsep; teori/asas; prototaip/pembuktian konsep; pra-pengkomersialan; dan pengkomersialan. Pengkomersialan R,D&I merupakan suatu proses yang kompleks dan mencabar khususnya antara fasa pra-pengkomersialan dan pengkomersialan disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekangan kewangan, persaingan dengan produk sedia ada, persepsi kualiti dan penerimaan oleh pengguna, pematuhan kawal selia, pertikaian hak harta intelek dan sebagainya. Kebanyakan produk R&D sukar melepasi fasa interim ini yang dikenali sebagai “valley of death”. Justeru, inisiatif MCY akan meningkatkan keberkesanan usaha pengkomersialan menerusi kerjasama sinergi pelbagai pihak berkepentingan

 

 

Hubungi Kami

Sekretariat Tahun Pengkomersialan Malaysia

Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R & D

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Aras 2, Blok C4, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 WP Putrajaya

Emel: sekretariatmcy@mosti.gov.my

Tel: 03-8885 8353/8537/8541/8539

Faks : 03-8889 2996

Pautan Pantas

Jumlah Pelawat