• Ada soalan?
  • 03-8885 8389/8253/8537/8222
  • sekretariatmcy[at]mosti.gov.my
mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5
MENU
  • UTAMA
  • PROFIL MCY
    • Latar Belakang
    • Struktur Tadbir Urus
    • Landskap STI
    • Proses Pengkomersialan
    • Konsep Pelaksanaan
    • Fasa Pelaksanaan
    • Strategik Pelaksanaan
      • MCY 2.0
      • MCY 2016
    • Rakan Strategik
  • MCY SUMMIT 2021
  • MYTECH PITCH
    • Maklumat Program
    • Borang Permohonan
    • MyTech Pitch Series
  • TIPS & PANDUAN
    • Pembiayaan
      • Biotechnology Commercialisation Fund (BCF)
      • Bioeconomy Transformation Programme (BTP)
      • Business Growth Fund (BGF)
      • Business Start-Up Fund (BSF)
      • Cradle Investment Program Catalyst (CIP 500) – Seed
      • Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF)
      • Technology Acquisition Fund (TAF)
    • Technology Readiness Level (TRL)
    • Maklumat Due Diligence
    • Proses Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY)
    • Ekosistem Pengkomersialan R&D di MOSTI
  • PENERBITAN
  • AKTIVITI
    • Kalendar Aktiviti
    • Berita MCY
    • Galeri MCY
      • Foto
      • Video & Audio
  • ARKIB
    • Keratan Akhbar
    • Video MyTech Pitch
  • HUBUNGI KAMI
✕
16/10/2017
Categories
  • Berita
  • Berita 2017
Tags
portal mcy

portal mcy

 

 

MAJLIS PELANCARAN PORTAL MCY OLEH YB MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2017 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, pada hari ini telah melancarkan Portal Tahun Pengkomersialan Malaysia (http://mcyportal.mosti.gov.my/). Portal ini telah dilancarkan sempena program National Innovation and Creative Economy (NICE) EXPO 2017 yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 12 Oktober 2017. Program NICE’17 sedang berlangsung sehingga 16 Oktober 2017 di Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara.
Portal MCY dilancarkan sebagai pelengkap kepada inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia atau MCY. Tahun Pengkomersialan Malaysia telah bermula sebagai Tahun Pengkomersialan MOSTI pada tahun 2014 dan 2015 dan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memberikan fokus yang lebih kepada aspek pengkomersialan inisiatif ini telah diperluaskan ke peringkat nasional dan dikenali sebagai Tahun Pengkomersialan Malaysia bermula pada 2016.
MCY merupakan satu inisiatif NBOS (Strategi Laut Biru Kebangsaan) yang dijalankan oleh MOSTI dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MoF). Melalui MCY, pelbagai agensi, universiti dan pihak swasta sedang menggiatkan lagi usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara. Salah satu daripada lapan (8) pendekatan sinergi MCY adalah Perkhidmatan Maklumat yang antara lainnya bertujuan mengintegrasi data penyelidikan dan maklumat berhubung aktiviti pengkomersialan. Inisiatif pembangunan Portal MCY merupakan salah satu daripada aktiviti di dalam pendekatan Perkhidmatan Maklumat tersebut.
MOSTI telah membangunkan Portal MCY sebagai satu usaha untuk menyediakan platform interaktif setempat yang akan mengandungi maklumat inisiatif Kementerian/Agensi mengenai aktiviti pengkomersialan. Laman interaktif MCY ini pada asalnya telah bermula sebagai satu halaman (page) sahaja. Usaha untuk menaiktaraf kepada satu Portal MCY yang penuh dilakukan sejajar dengan keperluan semasa bertujuan untuk menyemarakkan penyebaran maklumat mengenai MCY dan juga mengenai produk dan perkhidmatan yang sedia ada.
Untuk maklumat lanjut, layari mcyportal.mosti.gov.my.

Disediakan oleh:

Sekretariat MCY
Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
sekretariatmcy@mosti.gov.my

Share
0

Program Pengkomersialan R&D Negara
 
Program Pengkomersialan R&D Negara atau Tahun Pengkomersialan Malaysia merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.

Polisi Portal
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

Hubungi Kami
Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Aras 2, Blok C4, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 WP, Putrajaya
sekretariatmcy@mosti.gov.my
03-8885 8389/8253/8537/8222
Faks : 03-8889 2996

© Hakcipta 2019-2020. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel
  • No translations available for this page