• Ada soalan?
  • 03-8885 8389/8253/8537/8222
  • sekretariatmcy[at]mosti.gov.my
mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5
MENU
  • UTAMA
  • PROFIL MCY
    • Latar Belakang
    • Struktur Tadbir Urus
    • Landskap STI
    • Proses Pengkomersialan
    • Konsep Pelaksanaan
    • Fasa Pelaksanaan
    • Strategik Pelaksanaan
      • MCY 2.0
      • MCY 2016
    • Rakan Strategik
  • MCY SUMMIT 2021
  • MYTECH PITCH
    • Maklumat Program
    • Borang Permohonan
    • MyTech Pitch Series
  • TIPS & PANDUAN
    • Pembiayaan
      • Biotechnology Commercialisation Fund (BCF)
      • Bioeconomy Transformation Programme (BTP)
      • Business Growth Fund (BGF)
      • Business Start-Up Fund (BSF)
      • Cradle Investment Program Catalyst (CIP 500) – Seed
      • Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF)
      • Technology Acquisition Fund (TAF)
    • Technology Readiness Level (TRL)
    • Maklumat Due Diligence
    • Proses Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY)
    • Ekosistem Pengkomersialan R&D di MOSTI
  • PENERBITAN
  • AKTIVITI
    • Kalendar Aktiviti
    • Berita MCY
    • Galeri MCY
      • Foto
      • Video & Audio
  • ARKIB
    • Keratan Akhbar
    • Video MyTech Pitch
  • HUBUNGI KAMI
✕
06/10/2016
Categories
  • Berita
  • Berita 2016
Tags

6 OKTOBER 2016, Kuala Lumpur – Sehingga September 2016, 71 produk telah berjaya dikomersialkan sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY’16).

 

Tiga produk yang merupakan sebahagian daripada 68 produk tersebut telah dilancarkan pada hari ini iaitu INOVASI TRIMETHYLOLPROPANE ESTER (ESTER TMP), “DIGITAL FOREST TREEBOOK” dan “SimBionTeA” oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohammad Diah.

 

Sejumlah 25 organisasi termasuk agensi/ institut penyelidikan; Universiti Penyelidikan; dan agensi pembangunan teknologi telah menyatakan komitmen mereka untuk mengkomersialkan 150 produk/teknologi pada tahun 2016.

 

MCY’16 diharap dapat memupuk budaya keusahawanan, meningkatkan kesedaran mengenai pengkomersialan R&D dan impaknya kepada pembangunan negara. Dengan pengkomersialan produk-produk R&D tempatan ini, produk-produk inovatif berkualiti tinggi dapat dihasilkan yang dapat menembusi pasaran luar negara dan mewujudkan jenama  Malaysia.

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kewangan Malaysia sedang menganjurkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan dilaksanakan   melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

 

Nota:

 

PALM OIL BASED TRIMETHYLOLROPONE (TMP) ESTERS IN THE FORMULATION OF ENGINE OIL

Inovasi Ester TMP yang dihasilkan oleh Prof Dr Robiah Yunus, penyelidik Universiti Putra Malaysia ini menghasilkan minyak enjin mesra alam. Ia adalah berasaskan minyak kelapa sawit yang lebih stabil pada suhu tinggi. Ester TMP yang berada di pasaran kini mempunyai kualiti yang rendah kerana kandungan asid yang tinggi dan kekurangan kestabilan oksidatif. Penggunaan ester TMP di dalam minyak enjin biosintetik dapat meningkatkan biodegrasi dan pelinciran minyak enjin bagi industri automotif.

Green Synthetic Engine Oil direka untuk membantu meningkatkan prestasi, kuasa pembersihan dan perlindungan enjin kenderaan pengguna. Minyak ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan produk petroleum serta berkesan untuk melindungi enjin dan jentera untuk jangka masa panjang. Ia berasaskan bio, mesra alam, tiada toksik dan tidak terkumpul dalam organisma marin. Minyak enjin, minyak motor dan pelincir yang dirumuskan dengan ester TMP boleh dikitar semula dan dilupuskan dengan lebih bebas berbanding dengan minyak berasaskan petroleum

Green Synthetic Engine Oil merupakan minyak enjin yang telah diformulasikan dengan penggunaan inovasi Trimethylolpropane ester (ester TMP) sebagai minyak asas atau campuran di dalam minyak tersebut.  Ester TMP adalah ester sintetik yang boleh digunakan sebagai minyak asas bagi pelbagai jenis pelincir termasuk minyak enjin.

DIGITAL FOREST TREEBOOK

DIGITAL FOREST merupakan pengurusan perhutanan secara virtual yang boleh mengumpulkan data-data pokok sehingga 20 juta pokok di hutan. Produk ini memfokuskan industri pengurusan hutan sama ada hutan asli dan hutan bandar. Bertemakan ‘Pengurusan Hutan Generasi Masa Hadapan’, DIGITAL FOREST membolehkan kesemua pengguna mencapai maklumat pokok dan hutan secara nyata dengan menggunakan teknologi ICT dan telefon pintar. Selain daripada itu, DIGITAL FOREST berkemampuan mewujudkan peluang pekerjaan sekitar 4000. 

Digital Forest Treebook oleh Cube Global Sdn Bhd, membolehkan pemilik pokok berinteraksi melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan menyimpan rekod pokok seperti umur, kesihatan via dashboard pemilik. Jabatan Perhutanan antara yang menggunakan sistem ini bagi mengawal selia tahap kesihatan pokok dan dapat juga mengawal sebarang aktiviti seperti pembalakan haram ke atas pokok-pokok matang.

 

SimBionTeA (SIRIM BIOGAS & TENAGA ALTERNATIF)

 

Merupakan teknologi yang dibangunkan oleh SIRIM untuk memproses bahan organik yang boleh diaplikasikan dalam industri pemprosesan makanan (Waste Management).

 

[widgetkit id=”32″ name=”71 Produk telah Berjaya Dikomersialkan Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016″]

Share
0

Program Pengkomersialan R&D Negara
 
Program Pengkomersialan R&D Negara atau Tahun Pengkomersialan Malaysia merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.

Polisi Portal
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

Hubungi Kami
Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Aras 2, Blok C4, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 WP, Putrajaya
sekretariatmcy@mosti.gov.my
03-8885 8389/8253/8537/8222
Faks : 03-8889 2996

© Hakcipta 2019-2020. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel
  • No translations available for this page