• Ada soalan?
  • 03-8885 8389/8253/8537/8222
  • sekretariatmcy[at]mosti.gov.my
mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5
MENU
  • UTAMA
  • PROFIL MCY
    • Latar Belakang
    • Struktur Tadbir Urus
    • Landskap STI
    • Proses Pengkomersialan
    • Konsep Pelaksanaan
    • Fasa Pelaksanaan
    • Strategik Pelaksanaan
      • MCY 2.0
      • MCY 2016
    • Rakan Strategik
  • MCY SUMMIT 2021
  • MYTECH PITCH
    • Maklumat Program
    • Borang Permohonan
    • MyTech Pitch Series
  • TIPS & PANDUAN
    • Pembiayaan
      • Biotechnology Commercialisation Fund (BCF)
      • Bioeconomy Transformation Programme (BTP)
      • Business Growth Fund (BGF)
      • Business Start-Up Fund (BSF)
      • Cradle Investment Program Catalyst (CIP 500) – Seed
      • Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF)
      • Technology Acquisition Fund (TAF)
    • Technology Readiness Level (TRL)
    • Maklumat Due Diligence
    • Proses Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY)
    • Ekosistem Pengkomersialan R&D di MOSTI
  • PENERBITAN
  • AKTIVITI
    • Kalendar Aktiviti
    • Berita MCY
    • Galeri MCY
      • Foto
      • Video & Audio
  • ARKIB
    • Keratan Akhbar
    • Video MyTech Pitch
  • HUBUNGI KAMI
✕
27/03/2017
Categories
  • Berita
  • Berita 2017
Tags

MCY 2.0: KOLABORASI RAKAN STRATEGIK DIPERLUASKAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA
  

​KOTA KINABALU, 23 FEBRUARI – Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (MCY 2.0) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Disember 2016 lalu, rangka kerja atau ekosistem pengkomersialan dimantapkan lagi dengan meluaskan kolaborasi rakan strategik daripada kalangan industri, kerajaan negeri dan antarabangsa.

Perkara ini dinyatakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dalam ucapannya di Sesi Networking Bersama Industri Dan Media & Soft Launch Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (MCY 2.0).

Menurut beliau, “Komitmen KPI Khas MCY sebanyak 150 produk/perkhidmatan turut diperluaskan dengan penglibatan lebih banyak institusi dan agensi termasuk kesemua universiti-universiti awam. Ini akan membuka lebih peluang untuk mencungkil lebih banyak hasilan R&D negara untuk diketengahkan”.

“130 produk/teknologi daripada 150 produk/teknologi yang disasarkan di bawah KPI Khas MCY 2016 telah dikomersialkan dengan anggaran nilai sebanyak RM155 juta. Manakala sebanyak 84 produk/teknologi daripada senarai 130 KPI Khas tersebut telah memasuki pasaran pada tahun 2016”, umum beliau akan pencapaian MCY 2016.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, “Program-program bina upaya dan suai padan perniagaan juga sedang diperkukuhkan dan diperluaskan lagi dalam tahun 2017 bagi memastikan teknopreneur tempatan bersedia untuk menghadapi cabaran pengkomersialan produk mereka di pasaran tempatan dan luar negara”.

Pada majlis yang sama, dilancar dua (2) produk iaitu Affordable Standard Wheelchair yang merupakan produk mampu milik oleh golongan OKU miskin dan Nahrim Hydraulic Markers (NHM) yang dapat mengenalpasti pencerobohan rizab sungai dengan mudah.

 

Share
0

Program Pengkomersialan R&D Negara
 
Program Pengkomersialan R&D Negara atau Tahun Pengkomersialan Malaysia merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.

Polisi Portal
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

Hubungi Kami
Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Aras 2, Blok C4, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 WP, Putrajaya
sekretariatmcy@mosti.gov.my
03-8885 8389/8253/8537/8222
Faks : 03-8889 2996

© Hakcipta 2019-2020. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel
  • No translations available for this page