ANUGERAH MCY

Anugerah MCY bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan memberikan suntikan motivasi kepada para penyelidik, inovator dan usahawan teknologi tempatan yang berjaya meningkatkan daya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sesi Penilaian Tapisan akan dijalankan di mana panel yang dilantik akan menjalankan proses tapisan bagi menyenarai pendek pencalonan produk/teknologi/ perkhidmatan KPI Khas MCY untuk proses Penilaian Akhir. Peringkat terakhir bagi pemilihan pemenang adalah melalui sesi pitching bersama panel yang telah dilantik. Anugerah MCY dibahagikan kepada enam jenis kategori anugerah iaitu satu Anugerah Keseluruhan (Supreme Award) dan lima anugerah mengikut kategori seperti berikut:
  • Anugerah Keseluruhan
  • Anugerah Pencapaian Pengkomersialan
  • Anugerah Usahawan Penyelidik
  • Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan
  • Anugerah Inovator Baharu dan
  • Anugerah Usahawan Sosial
Maklumat & Proses
Bengkel Due Diligence yang dilaksanakan akan menentukan produk/teknologi/perkhidmatan yang menepati kriteria KPI Khas MCY. Daripada KPI Khas MCY, produk/teknologi/perkhidmatan/ KPI Khas MCY yang mempunyai Technology Readliness Level (TRL) 5 dan ke atas layak untuk disenaraikan sebagai calon Anugerah MCY

Bagi proses Penganugerahan MCY, produk/teknologi/perkhidmatan yang dicalonkan akan melali proses-proses seterusnya seperti berikut

i. Sesi Tapisan

Penilaian Anugerah akan dimulakan dengan penghantaran borang Product Evaluation Questionnaire (PEQ) bagi memperoleh maklumat berkaitan produk/teknologi/perkhidmatan yang tercalon

Sesi Penilaian Tapisan akan dijalankan di mana panel yang dilantik akan menjalankan proses tapisan bagi menyenarai pendek pencalonan produk/teknologi/perkhidmatan KPI Khas MCY untuk proses Penilaian Akhir.

ii. Program Coaching for Pitching

Sesi Coaching for Pitching diadakan bertujuan untuk membuka peluang bagi platform perkongsian Teknik, mengasah kemahiran dan membina keyakinan kepada pererta finalis Anugerah MCY untuk membuat pitching dengan berkesan

iii. Sesi Penilaian Akhir (Pitching)

Peringkat terakhir bagi pemilihan pemenang melalui sesi pitching bersama panel yang telah dilantik

Anugerah MCY dibahagikan kepada enam jenis kategori anugerah iaitu satu Anugerah keseluruhan (Supreme Award) dan lima anugerah mengikut kategori seperti berikut :

  • Anugerah Keseluruhan (Supreme Award);
  • Anugerah Pencapaian Pengkormersialan (Commercial Deal Award);
  • Anugerah Usahawan Penyelidikan (Reasearch Entrepreneur Award);
  • Anugerah Usahawan Penyelidikan & Perniagaan (Research & Business Partnership Award);
  • Anugerah Inovator Baharu (Emerging Innovator Award); dan
  • Anugerah Usahawan Sosial (Social Entrepreneur Award).

 

Kategori Anugerah MCY

Statistik KPI Khas MCY

Statistik
Sebanyak 474 produk/teknologi/perkhidmatan telah berjaya dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai jualan lebih daripada RM540.0 juta bagi tahun 2016 sehingga 2022. Daripada jumlah tersebut, Universiti menyumbang kepada bilangan produk/teknologi/perkhidmatan tertinggi iaitu136 (29%), diikuti Agensi Kerajaan iaitu 126 (27%) dan Agensi Pembangunan Teknologi iaitu 88 (18%).

Statistik KPI Khas MCY

Tahun / Organisasi 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 2025 Jumlah
Agensi Kerajaan 37 48 18 8 9 4 2 5 7 12 150
Institusi Penyelidikan 19 21 3 3 8 4 2 14 5 12 91
Agensi Pembangunan Taknologi 40 17 9 7 8 3 4 11 0 1 100
Universiti 29 39 9 18 12 16 13 13 16 31 196
Syarikat 5 8 1 4 6 21 19 36 41 83 224
Jumlah 130 133 40 40 43 48 40 79 69 139 761

NILAI PENGKOMERSIALAN : RM 540,041,323.74

Pemenang Anugerah MCY 2024

Pemenang Anugerah MCY 2023

Pemenang Anugerah MCY 2022

Pemenang Anugerah MCY 2021

Pemenang Anugerah MCY 2020

Pemenang Anugerah MCY 2019

Pemenang Anugerah MCY 2018

Pemenang Anugerah MCY 2017

Pemenang Anugerah MCY 2016