ANUGERAH MCY
Anugerah MCY bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan memberikan suntikan motivasi kepada para penyelidik, inovator dan usahawan teknologi tempatan yang berjaya meningkatkan daya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sesi Penilaian Tapisan akan dijalankan di mana panel yang dilantik akan menjalankan proses tapisan bagi menyenarai pendek pencalonan produk/teknologi/ perkhidmatan KPI Khas MCY untuk proses Penilaian Akhir. Peringkat terakhir bagi pemilihan pemenang adalah melalui sesi pitching bersama panel yang telah dilantik. Anugerah MCY dibahagikan kepada enam jenis kategori anugerah iaitu satu Anugerah Keseluruhan (Supreme Award) dan lima anugerah mengikut kategori seperti berikut:
-
Anugerah Keseluruhan
-
Anugerah Pencapaian Pengkomersialan
-
Anugerah Usahawan Penyelidik
-
Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan
-
Anugerah Inovator Baharu dan
-
Anugerah Usahawan Sosial
Maklumat & Proses
![]() |
Bengkel Due Diligence yang dilaksanakan akan menentukan produk/teknologi/perkhidmatan yang menepati kriteria KPI Khas MCY. Daripada KPI Khas MCY, produk/teknologi/perkhidmatan/ KPI Khas MCY yang mempunyai Technology Readliness Level (TRL) 5 dan ke atas layak untuk disenaraikan sebagai calon Anugerah MCY
Bagi proses Penganugerahan MCY, produk/teknologi/perkhidmatan yang dicalonkan akan melali proses-proses seterusnya seperti berikut i. Sesi Tapisan Penilaian Anugerah akan dimulakan dengan penghantaran borang Product Evaluation Questionnaire (PEQ) bagi memperoleh maklumat berkaitan produk/teknologi/perkhidmatan yang tercalon Sesi Penilaian Tapisan akan dijalankan di mana panel yang dilantik akan menjalankan proses tapisan bagi menyenarai pendek pencalonan produk/teknologi/perkhidmatan KPI Khas MCY untuk proses Penilaian Akhir. ii. Program Coaching for Pitching Sesi Coaching for Pitching diadakan bertujuan untuk membuka peluang bagi platform perkongsian Teknik, mengasah kemahiran dan membina keyakinan kepada pererta finalis Anugerah MCY untuk membuat pitching dengan berkesan iii. Sesi Penilaian Akhir (Pitching) Peringkat terakhir bagi pemilihan pemenang melalui sesi pitching bersama panel yang telah dilantik Anugerah MCY dibahagikan kepada enam jenis kategori anugerah iaitu satu Anugerah keseluruhan (Supreme Award) dan lima anugerah mengikut kategori seperti berikut :
|
Kategori Anugerah MCY

Statistik KPI Khas MCY
Statistik
Sebanyak 474 produk/teknologi/perkhidmatan telah berjaya dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai jualan lebih daripada RM540.0 juta bagi tahun 2016 sehingga 2022. Daripada jumlah tersebut, Universiti menyumbang kepada bilangan produk/teknologi/perkhidmatan tertinggi iaitu136 (29%), diikuti Agensi Kerajaan iaitu 126 (27%) dan Agensi Pembangunan Teknologi iaitu 88 (18%).
Statistik KPI Khas MCY
| Tahun / Organisasi | 2016 | 2017 | 2018 | 2019 | 2020 | 2021 | 2022 | 2023 | 2024 | 2025 | Jumlah |
| Agensi Kerajaan | 37 | 48 | 18 | 8 | 9 | 4 | 2 | 5 | 7 | 12 | 150 |
| Institusi Penyelidikan | 19 | 21 | 3 | 3 | 8 | 4 | 2 | 14 | 5 | 12 | 91 |
| Agensi Pembangunan Taknologi | 40 | 17 | 9 | 7 | 8 | 3 | 4 | 11 | 0 | 1 | 100 |
| Universiti | 29 | 39 | 9 | 18 | 12 | 16 | 13 | 13 | 16 | 31 | 196 |
| Syarikat | 5 | 8 | 1 | 4 | 6 | 21 | 19 | 36 | 41 | 83 | 224 |
| Jumlah | 130 | 133 | 40 | 40 | 43 | 48 | 40 | 79 | 69 | 139 | 761 |
NILAI PENGKOMERSIALAN : RM 540,041,323.74
Pemenang Anugerah MCY 2024

Pemenang Anugerah MCY 2023

Pemenang Anugerah MCY 2022

Pemenang Anugerah MCY 2021

Pemenang Anugerah MCY 2020

Pemenang Anugerah MCY 2019

Pemenang Anugerah MCY 2018

Pemenang Anugerah MCY 2017

Pemenang Anugerah MCY 2016

