
National Innovation & Commercialisation Expo (NICE) 2026 merupakan platform strategik nasional untuk mengetengahkan inovasi tempatan, mempamerkan produk, teknologi dan perkhidmatan hasil R&D, serta menghubungkan pemain industri, penyelidik, usahawan teknologi, pelabur dan agensi berkaitan.
Berpandukan tema “Dari Misi ke Pasaran. Malaysia ke Dunia”, acara ini menjadi landasan utama bagi mempamerkan dan memperkasakan inovasi tempatan agar mampu berkembang ke peringkat antarabangsa.
Sertai kami di NICE 2026 dalam usaha menterjemahkan inovasi kepada peluang serta membawa teknologi Malaysia ke persada dunia, 26–28 Ogos di KLCC. Daftar sekarang di nice.mosti.gov.my.