MOSTI Digitising Agriculture towards New Economy
19/07/201627th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016), Kuala Lumpur Convention Centre (12-14 Mei 2016)
01/11/20166 OKTOBER 2016, Kuala Lumpur – Sehingga September 2016, 71 produk telah berjaya dikomersialkan sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY’16).
Tiga produk yang merupakan sebahagian daripada 68 produk tersebut telah dilancarkan pada hari ini iaitu INOVASI TRIMETHYLOLPROPANE ESTER (ESTER TMP), “DIGITAL FOREST TREEBOOK” dan “SimBionTeA” oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohammad Diah.
Sejumlah 25 organisasi termasuk agensi/ institut penyelidikan; Universiti Penyelidikan; dan agensi pembangunan teknologi telah menyatakan komitmen mereka untuk mengkomersialkan 150 produk/teknologi pada tahun 2016.
MCY’16 diharap dapat memupuk budaya keusahawanan, meningkatkan kesedaran mengenai pengkomersialan R&D dan impaknya kepada pembangunan negara. Dengan pengkomersialan produk-produk R&D tempatan ini, produk-produk inovatif berkualiti tinggi dapat dihasilkan yang dapat menembusi pasaran luar negara dan mewujudkan jenama Malaysia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kewangan Malaysia sedang menganjurkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan dilaksanakan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Nota:
PALM OIL BASED TRIMETHYLOLROPONE (TMP) ESTERS IN THE FORMULATION OF ENGINE OIL
Inovasi Ester TMP yang dihasilkan oleh Prof Dr Robiah Yunus, penyelidik Universiti Putra Malaysia ini menghasilkan minyak enjin mesra alam. Ia adalah berasaskan minyak kelapa sawit yang lebih stabil pada suhu tinggi. Ester TMP yang berada di pasaran kini mempunyai kualiti yang rendah kerana kandungan asid yang tinggi dan kekurangan kestabilan oksidatif. Penggunaan ester TMP di dalam minyak enjin biosintetik dapat meningkatkan biodegrasi dan pelinciran minyak enjin bagi industri automotif.
Green Synthetic Engine Oil direka untuk membantu meningkatkan prestasi, kuasa pembersihan dan perlindungan enjin kenderaan pengguna. Minyak ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan produk petroleum serta berkesan untuk melindungi enjin dan jentera untuk jangka masa panjang. Ia berasaskan bio, mesra alam, tiada toksik dan tidak terkumpul dalam organisma marin. Minyak enjin, minyak motor dan pelincir yang dirumuskan dengan ester TMP boleh dikitar semula dan dilupuskan dengan lebih bebas berbanding dengan minyak berasaskan petroleum
Green Synthetic Engine Oil merupakan minyak enjin yang telah diformulasikan dengan penggunaan inovasi Trimethylolpropane ester (ester TMP) sebagai minyak asas atau campuran di dalam minyak tersebut. Ester TMP adalah ester sintetik yang boleh digunakan sebagai minyak asas bagi pelbagai jenis pelincir termasuk minyak enjin.
DIGITAL FOREST TREEBOOK
DIGITAL FOREST merupakan pengurusan perhutanan secara virtual yang boleh mengumpulkan data-data pokok sehingga 20 juta pokok di hutan. Produk ini memfokuskan industri pengurusan hutan sama ada hutan asli dan hutan bandar. Bertemakan ‘Pengurusan Hutan Generasi Masa Hadapan’, DIGITAL FOREST membolehkan kesemua pengguna mencapai maklumat pokok dan hutan secara nyata dengan menggunakan teknologi ICT dan telefon pintar. Selain daripada itu, DIGITAL FOREST berkemampuan mewujudkan peluang pekerjaan sekitar 4000.
Digital Forest Treebook oleh Cube Global Sdn Bhd, membolehkan pemilik pokok berinteraksi melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan menyimpan rekod pokok seperti umur, kesihatan via dashboard pemilik. Jabatan Perhutanan antara yang menggunakan sistem ini bagi mengawal selia tahap kesihatan pokok dan dapat juga mengawal sebarang aktiviti seperti pembalakan haram ke atas pokok-pokok matang.
SimBionTeA (SIRIM BIOGAS & TENAGA ALTERNATIF)
Merupakan teknologi yang dibangunkan oleh SIRIM untuk memproses bahan organik yang boleh diaplikasikan dalam industri pemprosesan makanan (Waste Management).
[widgetkit id=”32″ name=”71 Produk telah Berjaya Dikomersialkan Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016″]