Sidang Kemuncak MCY

MCY Summit merupakan acara kemuncak dan juga program tahunan yang bertujuan untuk mengiktiraf serta merai pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa, di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh MOSTI.