Due Diligence

Due Diligence adalah salah satu program di bawah inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017. MCY merupakan suatu platform untuk membantu golongan penyelidik, inovator dan usahawan tempatan melonjakkan pengkomersialan produk hasil R&D yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Due Diligence adalah proses penilaian ke atas produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D tempatan yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia bagi menentukan tahap pengkomersialan mengikut Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) yang diukur berdasarkan skala 1 hingga 9. Bengkel Due Diligence diadakan bagi menyaring, menganalisa dan meneliti potensi pengkomersialan produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D tempatan yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan mengenal pasti KPI Khas MCY yang meliputi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Bengkel Due Diligence juga turut mengenal pasti jenis intervensi ke atas produk/teknologi/perkhidmatan agar aktiviti pengkomersialan dan fasilitasi yang diperlukan seperti sesi coaching, pitching, pameran dan ekspo dapat dilaksanakan dengan berkesan.

BENGKEL DUE DILIGENCE BILANGAN 2/2023

11 – 12 OKTOBER 2023 (RABU – KHAMIS)
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
AGRO-BIOTECHNOLOGY INSTITUTE (ABI), NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA (NIBM), PERSIARAN MARDI – UPM, 43400 SERDANG, SELANGOR
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA
Agensi kerajaan, institusi penyelidikan, universiti dan syarikat yang mempunyai produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D dan inovasi.
(tarikh tutup 29 September 2023)
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/kTeExApme1ix2v6x7

Bengkel Due Diligence ini merupakan pengisian inisiatif utama Tahun Pengkomersialan Malaysia (Malaysia Commercialisation Year, MCY) bagi mengukur tahap kesediaan pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D dan inovasi tempatan.

Produk/teknologi/perkhidmatan yang berpotensi sebagai KPI Khas MCY akan disenaraikan untuk penganugerahan MCY. Anugerah MCY ini bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan memberikan suntikan motivasi kepada para penyelidik, inovator dan teknopreneur tempatan yang berjaya meningkatkan daya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Produk/teknologi/perkhidmatan Bengkel Due Diligence juga akan dipadankan untuk fasilitasi seperti pembiayaan kewangan, sesi coaching, sesi pitching, padanan perniagaan, penyertaan dalam ekspo dan pameran di dalam dan luar negara.

Maklumat lanjut, sila hubungi:
i.     En. Nazmi, 03-8885 8540, nazmihamdan@mosti.gov.my
ii.    Pn. Norhasimah, 03-8885 8355, shima@mosti.gov.my