Atasi masalah kuprum berlebihan
15/05/2019GRASSROOT INNOVATION DIALOGUE & ROUND TABLE DISCUSSION
12/11/2020Anugerah MCY diperkenalkan semenjak tahun 2016 lagi bagi mengiktiraf serta memberikan suntikan motivasi kepada teknopreneur dalam usaha merancakkan ekosistem pengkomersialan R&D. Pemenang Anugerah MCY dipilih berdasarkan kriteria pemilihan yang spesifik dan sesi penilaian akan diaudit oleh Jawatankuasa Audit yang dilantik.
5 kategori Anugerah MCY yang dipertandingkan adalah:
i) Anugerah Innovator Baharu;
ii) Anugerah Pencapaian Pengkomersialan;
iii) Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan;
iv) Anugerah Usahawan Penyelidik; dan
v) Anugerah Usahawan Sosial.
Setiap kategori akan menerima agihan wang tunai seperti berikut:
i) Pemenang Utama (RM130,000.00);
ii) Pemenang Saguhati (RM50,000.00)
Selain daripada 5 kategori tersebut, seorang pemenang dipilih daripada 5 Pemenang Utama bagi kategori Anugerah Keseluruhan (Supreme) dan menerima wang tunai sebanyak RM100,000.00.
Anugerah MCY ini telah berjaya memberi impak dalam menjana kekayaan produk/ teknologi/ perkhidmatan R&D tempatan disamping dapat membantu teknopreneur dalam mengembang dan memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Usaha MCY ini disokong melalui penciptaan nilai.
Majlis penyampaian Anugerah MCY yang telah diadakan pada 10 Oktober 2019 di Pavilion MCY @ IGEM 2019 turut disertai dengan Majlis Pelancaran Produk dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).