• Ada soalan?
  • 03-8885 8389/8253/8537/8222
  • sekretariatmcy[at]mosti.gov.my
mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5mcy-logo5
MENU
  • UTAMA
  • PROFIL MCY
    • Latar Belakang
    • Struktur Tadbir Urus
    • Landskap STI
    • Proses Pengkomersialan
    • Konsep Pelaksanaan
    • Fasa Pelaksanaan
    • Strategik Pelaksanaan
      • MCY 2.0
      • MCY 2016
    • Rakan Strategik
  • MCY SUMMIT 2021
  • MYTECH PITCH
    • Maklumat Program
    • Borang Permohonan
    • MyTech Pitch Series
  • TIPS & PANDUAN
    • Pembiayaan
      • Biotechnology Commercialisation Fund (BCF)
      • Bioeconomy Transformation Programme (BTP)
      • Business Growth Fund (BGF)
      • Business Start-Up Fund (BSF)
      • Cradle Investment Program Catalyst (CIP 500) – Seed
      • Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF)
      • Technology Acquisition Fund (TAF)
    • Technology Readiness Level (TRL)
    • Maklumat Due Diligence
    • Proses Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY)
    • Ekosistem Pengkomersialan R&D di MOSTI
  • PENERBITAN
  • AKTIVITI
    • Kalendar Aktiviti
    • Berita MCY
    • Galeri MCY
      • Foto
      • Video & Audio
  • ARKIB
    • Keratan Akhbar
    • Video MyTech Pitch
  • HUBUNGI KAMI
✕
24/05/2016
Categories
  • Berita
  • Berita 2016
Tags

24 MEI 2016, Kuala Lumpur – Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY’16) 145 produk R&D akan dikomersialkan dan menjadi KPI Umum MCY16.

Dua produk yang merupakan sebahagian daripada 145 produk tersebut telah dilancarkan pada hari ini iaitu ‘My Fon’ dan ‘Quantum Breakpads’.

Sejumlah 25 organisasi termasuk agensi/ institut penyelidikan; Universiti Penyelidikan; dan agensi pembangunan teknologi telah menyatakan komitmen mereka untuk mengkomersialkan sejumlah 145 produk/ teknologi pada tahun 2016.

Pelancaran produk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau dilaksanakan bersama-sama dengan Majlis Pra-Pelancaran MCY’16. Majlis menyaksikan pelancaran Logo, Slogan dan Lagu MCY yang telah dipilih melalui pertandingan berakhir pada 30 Mac lalu. Hadiah utama bagi kategori Logo adalah sebanyak RM3,000.00, kategori Slogan sebanyak RM2,000.00, manakala kategori Lagu adalah sebanyak RM5,000.00. Logo, slogan dan lagu ini akan digunakan bagi semua program dan aktiviti Tahun Pengkomersialan Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kewangan Malaysia sedang menganjurkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan dilaksanakan   melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Tahun Pengkomersialan Malaysia diharap dapat memupuk budaya keusahawanan, meningkatkan kesedaran mengenai pengkomersialan R&D dan impaknya kepada pembangunan negara. Dengan pengkomersialan produk-produk R&D tempatan ini, produk-produk inovatif berkualiti tinggi dapat dihasilkan yang dapat menembusi pasaran luar negara dan mewujudkan jenama  Malaysia.

Nota:

‘MY Fon’ alat komunikasi yang selamat dan mudah digunakan bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan merupakan sejenis telefon awam yang tidak menggunakan duit syiling tetapi berasaskan GSM dan SIM.,  dibangunkan oleh incubatee daripada Technology Park Malaysia iaitu Pure Spectrum Sdn. Bhd.

‘Quantum Brakepads’ pula memenuhi keperluan piawaian antarabangsa yang mempunyai ciri-ciri yang mana ia dihasilkan tanpa kandungan asbestos dan mesra alam. Selain mempunyai kandungan logam yang sedikit, kurang bising, kurang menghauskan rotor ia juga kurang berhabuk bagi melicinkan proses penekanan brek. Produk yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad dengan kolaborasi Kejuruteraan Emas Sdn. Bhd.

[widgetkit id=”35″ name=”145 Produk Dikomersialkan dan Menjadi KPI Umum Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia”]

Share
0

Program Pengkomersialan R&D Negara
 
Program Pengkomersialan R&D Negara atau Tahun Pengkomersialan Malaysia merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.

Polisi Portal
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

Hubungi Kami
Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Aras 2, Blok C4, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 WP, Putrajaya
sekretariatmcy@mosti.gov.my
03-8885 8389/8253/8537/8222
Faks : 03-8889 2996

© Hakcipta 2019-2020. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel
  • No translations available for this page